Win Myint berdepan dua pertuduhan baharu

Win Myint ditahan bersama Suu Kyi pada 1 Februari lalu. - Foto: Agensi
Win Myint ditahan bersama Suu Kyi pada 1 Februari lalu. - Foto: Agensi
A
A
A

YANGON - Presiden Myanmar yang digulingkan, Win Myint berdepan dua lagi pertuduhan baharu termasuk melanggar Perlembagaan yang jika disabit bersalah boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun.

Peguamnya, Khin Maung Zaw pada Rabu, pemimpin awam itu juga berdepan dakwaan berkaitan pelanggaran protokol untuk menghentikan penularan Covid-19 selepas beliau ditahan bersama Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu.

“Tarikh perbicaraannya masih belum ditetapkan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, sekurang-kurangnya tujuh penunjuk perasaan terbunuh selepas pasukan keselamatan melepaskan tembakan peluru hidup ke arah kumpulan prodemokrasi terbabit dan enam petugas media turut didakwa kerana membuat liputan protes antirampasan kuasa. - AFP

Artikel Berkaitan: