Jejambat runtuh: Tiga mangsa terperangkap dibawa keluar

Ketiga-tiga mangsa telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menaiki ambulans.
Ketiga-tiga mangsa telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menaiki ambulans.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga daripada lima mangsa yang terperangkap akibat runtuhan struktur jejambat di Desa Tun Razak di sini pada Rabu berjaya dibawa keluar.

Mangsa pertama merupakan lelaki tempatan dibawa keluar pada jam 8.55 malam disusuli mangsa kedua wanita pada jam 9.17 malam.

Selang seminit, seorang lagi mangsa wanita berjaya dikeluarkan.

Ketiga-tiga mangsa telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menaiki ambulans sambil diiringi anggota polis trafik untuk menerima rawatan lanjut.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan keadaan terkini mangsa yang berjaya dibawa keluar.

Sementara itu, kerja-kerja menyelamat lima mangsa yang terperangkap akibat runtuhan struktur jejambat di Desa Tun Razak di sini masih dijalankan.

Pasukan dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) turut kelihatan di lokasi.

Laluan masuk ke lokasi turut dilencongkan dan pengguna jalan raya kini perlu berpatah balik.

Artikel Berkaitan:

Pada Rabu Sinar Harian melaporkan jejambat projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di sini runtuh apabila sebuah lori membawa jengkaut melanggar binaan terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN:Jambatan runtuh: Lima orang terperangkap