'MB Kelantan bukan kena serangan jantung'

Tular di media sosial pada Rabu mengatakan Ahmad dimasukkan ke HUSM disebabkan serangan jantung.
Tular di media sosial pada Rabu mengatakan Ahmad dimasukkan ke HUSM disebabkan serangan jantung.
A
A
A

KOTA BHARU - Pejabat Menteri Besar Kelantan menafikan yang Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dimasukkan ke hospital akibat serangan sakit jantung.

Setiausaha Politik beliau, Mohd Asri Mat Daud sebaliknya berkata, Ahmad dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada Selasa bagi menjalani pemeriksaan kesihatan berkala.

Menurutnya, Ahmad mengalami keletihan beberapa hari lalu akibat kurang rehat.

"Susulan pemeriksaan tersebut, Menteri Besar dinasihatkan untuk berehat di hospital bagi pemantauan sepenuhnya.

"Beliau dijangka keluar hospital esok (Khamis) dan keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, Pejabat Menteri Besar Kelantan merakamkan penghargaan atas keprihatinan semua pihak mengenai tahap kesihatan Ahmad.

Pada Rabu, tular di media sosial mengatakan Ahmad dimasukkan ke HUSM disebabkan serangan jantung.

Artikel Berkaitan: