X

Kindly register in order to view this article
!

Kilang proses makanan guna logo halal palsu diserbu

Sebuah kilang memproses makanan di Kawasan Perindustrian Ipoh diserbu dalam satu pemeriksaan Op Halal pada Selasa.
A
A

IPOH - Produk makanan bernilai RM21,623 milik sebuah kilang memproses makanan di Kawasan Perindustrian Ipoh di sini disita kerana didapati menggunakan logo halal tidak sah.

Tindakan itu diambil hasil serbuan Ops Halal dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada Selasa.

Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, pemeriksaan yang dijalankan hasil maklumat awam itu mendapati kilang berkenaan beroperasi dengan memproses makanan iaitu roti dan biskut.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, pemilik premis gagal mengemukakan sebarang perakuan halal oleh pihak berkuasa.

"Anggota penguat kuasa telah menyita dokumen, barangan pembungkusan, bahan mentah dan lain-lain untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Rampasan turut dilakukan membabitkan 400 bungkus biskut yang siap dipek, 24,000 unit beg plastik kosong roti dan 4,345 unit beg plastik kosong biskut yang semuanya menggunakan perbahasan

halal," katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita pada Rabu.

Anggota penguat kuasa KPDNHEP bersama JAIPk ketika melakukan serbuan ke sebuah kilang memproses makanan di Kawasan Perindustrian Ipoh pada Selasa.
Anggota penguat kuasa KPDNHEP bersama JAIPk ketika melakukan serbuan ke sebuah kilang memproses makanan di Kawasan Perindustrian Ipoh pada Selasa.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kilang juga mendapati syarikat terbabit ada menyimpan barang kawalan iaitu gula dan tepung gandum tanpa permit menyimpan barang kawalan berjadual yang sah.

Bagi kesalahan itu, katanya, sebanyak 285 guni tepung gandum yang setiap satu seberat 25 kilogram bersama 500 kilogram gula pasir telah disita membabitkan nilai RM15,990.

"Kes itu kini disiasat di bawah seksyen 7(4) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun, kesalahan yang berikutnya denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!