X

Kindly register in order to view this article
!

Kenyataan niat tukar agama boleh kelirukan masyarakat: Mufti

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) memandang serius kenyataan usahawan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat yang mendakwa berniat menukar agama setelah berkonflik dengan pihak jabatan agama di sebuah negeri.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, kenyataan kontroversi itu dilihat memberikan kesan yang mendalam terhadap umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, segelintir masyarakat mula berasa keliru dengan beranggapan bahawa perbuatan tersebut adalah normal serta tidak menyalahi agama, sekali gus dibimbangi akan membuka pintu-pintu keburukan yang lain.

“Sehubungan itu, pihak PMWP ingin menasihati seluruh umat Islam di negara ini supaya sentiasa memelihara maruah diri masing-masing terutamanya dengan berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kepada umum,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhammad Sajjad ulangi ikrar keluar Islam

Mufti nasihat Sajat taubat sebelum terlambat

Luqman turut menzahirkan rasa bimbang terhadap pengakuan seorang artis yang mendakwa dirinya merupakan seorang transgender dan tanpa segan silu menzahirkan rasa bangga menjadi seorang pondan.

Sehubungan itu, PMWP mengingatkan umat Islam di negara ini agar menghormati perlembagaan serta undang-undang khususnya yang berkaitan dengan jenayah syariah. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!