Elak guna 'orang tengah' urus perkahwinan: JAIS

Info grafik dikongsikan JAIS memaklumkan perkhidmatan ditawarkan agensi itu boleh diakses terus oleh orang awam.
Info grafik dikongsikan JAIS memaklumkan perkhidmatan ditawarkan agensi itu boleh diakses terus oleh orang awam.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menasihatkan orang ramai supaya tidak berurusan dengan orang tengah bagi urusan perkahwinan di negeri ini.

Menerusi satu kenyataan info grafik dikongsikan di Facebook rasminya, JAIS memaklumkan perkhidmatan ditawarkan agensi itu boleh diakses terus oleh orang awam tanpa melalui individu yang mengenakan bayaran bagi membantu orang awam.

“JAIS tidak pernah melantik mana-mana individu, syarikat atau firma bagi membantu orang awam mendapatkan perkhidmatan JAIS.

“Elakkan berurusan dengan orang tengah atau ejen untuk urusan pendaftaran kursus pra perkahwinan Islam, permohonan kebenaran kahwin dan janji temu perlu berurusan dengan pejabat agama Islam daerah,” katanya.

Menurutnya, orang awam juga diminta mengelakkan daripada berurusan dengan orang tengah bagi urusan dengan penolong pendaftar perkahwinan dan pengambilan dokumen pernikahan, perceraian dan rujuk.

“Jika mempunyai kemusykilan berkaitan urusan perkahwinan boleh hubungi kami di Bahagian Undang-undang Keluarga JAIS di talian 0355143468/77/78 atau email kepada ncrbuuk@jais.gov.my," katanya.

Artikel Berkaitan: