Jejambat runtuh: Lima orang terperangkap

Kejadian jambatan dalam pembinaan yang runtuh di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari Pandan Indah menghala ke Ampang, Kuala Lumpur pada petang Rabu.
Kejadian jambatan dalam pembinaan yang runtuh di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari Pandan Indah menghala ke Ampang, Kuala Lumpur pada petang Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Lima individu terperangkap dalam runtuhan melibatkan sebuah jambatan yang sedang dalam pembinaan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari Pandan Indah menghala ke Ampang di sini pada petang Rabu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 5.58 petang.

keadaan jambatan dalam pembinaan yang runtuh di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada petang Rabu.
keadaan jambatan dalam pembinaan yang runtuh di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada petang Rabu.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Bandar Tun Razak dan BBP Cheras dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian, terdapat runtuhan jambatan dalam pembinaan yang menghempap sebuah van kilang," katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, makluman awal yang diterima bomba, terdapat lima orang mangsa terperangkap di dalam van kilang tersebut.