X

Kindly register in order to view this article
!

Tajaan Widad kepada KDA FC masih dirahsiakan

Muhammad Sanusi Md Nor
A
A

JUMLAH tajaan Widad Business Group (WBG) yang diumumkan sebagai penaja utama Kedah Darul Aman (KDA) FC bagi musim 2021 masih lagi dirahsiakan.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sebanyak RM25 juta diperlukan oleh KDA FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2021.

Menurutnya, WBG bersetuju untuk menjadi penaja utama namun belum bersedia memiliki saham di dalam kelab tersebut.

"Widad dah menaja sebahagian bayaran hutang-hutang sebelum ini membabitkan jumlah RM4.5 juta.

"Mereka bersetuju menjadi penaja utama musim ini dan kita mohon mereka membiayai pasukan malah ada juga penaja-penaja lain yang menaja KDA FC tahun ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di Wisma Darul Aman, di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berkata, WBG tidak mahu terburu-buru untuk memiliki saham KDA FC dan perlu membuat persediaan jika mahu melakukannya.

Terdahulu, Widad Langkasuka (Widad Business Group) diumumkan sebagai penaja utama Kedah Darul Aman (KDA) FC bagi musim 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman Football Club, Khamal Idris Ali berkata, seiring dengan pelancaran jersi pasukan KDA FC pada Rabu, pihaknya juga mengumumkan barisan penaja kelab tersebut pada musim ini.

Menurutnya, penajaan oleh Widad melibatkan tempoh selama setahun.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!