Menteri Pendidikan gesa calon SPM 2020 kekal fokus, tenang

Dr Radzi Md Jidin
Dr Radzi Md Jidin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin pada Rabu menggesa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 supaya kekal fokus dan tenang dalam menghadapi peperiksaan penting itu yang bermula pada 22 Februari lepas.

Mohd Radzi di dalam hantaran di laman Facebook rasminya berkata, calon menduduki peperiksaan mata pelajaran teras terakhir pada Rabu iaitu kertas Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebelum menghadapi mata pelajaran pilihan.

"Ada calon yang mengakhiri SPM mereka minggu hadapan bergantung kepada jumlah keseluruhan mata pelajaran yang diambil," katanya.

Katanya, beliau menyaksikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat semasa lawatannya ke beberapa pusat peperiksaan.

Pada Rabu, Mohd Radzi melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1). - Bernama

Artikel Berkaitan: