X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 1,745 kes baharu, tujuh kematian hari ini

Kes baharu positif Covid-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu dicatatkan sebanyak 1,745 kes, selain merekodkan tujuh kematian baharu.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kes baharu Covid-19 yang direkodkan pada Rabu meningkat sedikit kepada 1,745 kes berbanding 1,555 pada Selasa, dengan tujuh lagi kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 1,743 kes merupakan penularan tempatan manakala dua kes import menjadikan jumlah kumulatif kini menjangkau 305,880 kes.

Beliau berkata, kes sembuh yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas pula ialah sebanyak 2,276 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah 280,707.

“Sebanyak tujuh kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif adalah 1,148 kes manakala 195 kes pula dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 95 memerlukan bantuan alat pernafasan,” menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 pada Rabu.

Selangor kekal mencatat kes baharu tertinggi iaitu 640 diikuti Johor (376) dan Sarawak dengan 139 kes.

Sebanyak 47 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Telok Mas (20 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (13 kes), Kluster Damai Pelangi (13 kes), dan Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (1 kes).

Beliau berkata, kes kematian pula melibatkan dua di Kuala Lumpur, serta masing-masing satu kes di Selangor, Sarawak, Sabah, Johor dan Kelantan melibatkan pesakit dalam lingkungan umur antara 50 dan 71 tahun. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!