Jawatan Pengerusi MPKK kekal setahun lagi

Aminuddin Harun
Aminuddin Harun
A
A
A

SEREMBAN - Semua Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Negeri Sembilan akan disambung perkhidmatan mereka selama setahun lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkhidmatan jawatan tersebut sepatutnya akan berakhir pada 1 April ini.

Namun katanya, melalui mesyuarat bersama ahli Exco, dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah bersetuju mengekalkan semua Pengerusi MPKK untuk penggal baharu.

"Melainkan ada Pengerusi MPKK yang mahu tamatkan perkhidmatan atau yang mempunyai masalah disiplin dan melanggar peraturan yang ditetapkan, itu kita akan lihat kemudian," katanya.

Tambahnya, seramai 433 Pengerusi MPKK akan kekal dengan jawatan masing-masing sehingga April 2021.

Dalam pada itu, Aminuddin memberitahu, paras air di semua empangan negeri ini berada dalam keadaan baik, kecuali di Empangan Gemencheh yang menunjukkan penurunan.

"Saya minta semua berdoa supaya hujan turun dan kita ada jumlah air yang mencukupi.

"Sekarang ini jumlah air memang ada merosot cuma tidak kritikal, kita masih mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk jangka masa tertentu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut menasihatkan kepada semua rakyat agar sentiasa berhemah dengan penggunaan air.