X

Kindly register in order to view this article
!

Harga RON95, RON97 dan diesel kekal

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 kekal RM2.05 seliter dan RM2.35 seliter bagi tempoh 4 Mac sehingga 10 Mac.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Harga runcit RON95, RON97 dan diesel, masing-masing kekal RM2.05, RM2.35 serta RM2.15 seliter bagi tempoh 4 hingga 10 Mac ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga runcit APM bagi RON95 dan diesel telah meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!