X

Kindly register in order to view this article
!

Sembilan pelajar lari asrama anak yatim ditemui

Gambar hiasan.
A
A

IPOH - Seramai sembilan pelajar lelaki dari sebuah pertubuhan anak yatim di Chemor di sini berjaya ditemui semula selepas enam jam melarikan diri dari asrama pada Rabu.

Kehilangan mereka disedari oleh kakitangan pertubuhan itu ketika mahu mengejut pelajar untuk solat Subuh berjemaah kira-kira jam 5.30 pagi.

Menurut sumber, mereka berusia antara lapan hingga 15 tahun itu dipercayai meloloskan diri dengan memanjat pagar asrama.

“Bagaimanapun, lima daripada mereka berjaya ditemukan di sebuah kedai di Klebang dan pemilik kedai terbabit bertindak menghubungi pihak pengurusan sebelum dibawa ke balai polis berhampiran.

“Usaha mengesan empat lagi pelajar sedang dijalankan. Pencarian dilakukan bersama polis melibatkan beberapa kawasan sekitar dan pekan kecil berhampiran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abd Aziz berkata, empat pelajar lain akhirnya ditemui di hentian bas Kuala Kangsar.

“Empat pelajar ada di hentian bas itu. Kita telah hubungi keluarga mereka untuk ambil pelajar terbabit.

“Laporan sedang dibuat di Balai Polis Tanah Hitam,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!