Longgokan surat timbul tanda tanya

Paparan video tular di media sosial.
Paparan video tular di media sosial.
A
A
A

KUALA LANGAT - Tular video memaparkan puluhan surat tidak dihantar kepada pemiliknya ditemui di kawasan kebun kelapa sawit di Jalan Kundang, Tanjung Sepat di sini.

Video berdurasi 2 minit 21 saat itu dimuat naik di Facebook My Kuala Langat mendapat lebih 10,000 tontonan.

Memetik dalam rakaman suara video itu, seorang lelaki berasa marah dan kecewa selepas menemui longgokan surat-surat penting yang tidak dihantar kepada penerima sebaliknya dibuang dalam kawasan kebun.

Surat itu juga dipercayai belum dibuka dan rata-rata adalah surat penting termasuk sepucuk surat dari Universiti Malaya dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Lelaki itu turut memberitahu suratnya tidak diterima sehingga kini.

"Surat-surat ini penting, surat saya pun tak sampai... Siapa tidak geram," katanya turut meminta pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya kepada isu berkenaan.

Dalam pada itu, netizen juga menzahirkan rasa kecewa kerana perkara itu tidak sewajarnya berlaku.

Seorang netizen, Mohd Azrin berkata,"Patut la kekadang tunggu surat tak sampai kat rumah... sepatutnya tengah bulan dah sampai ini sampai hujung bulan pun tiada".

Artikel Berkaitan:

Menurut seorang lagi netizen, Pasar karat Kuala Langat, kes tersebut mungkin berlaku disebabkan beberapa faktor.

"Aku rasa surat itu mungkin diletakkan di kedai-kedai runcit kerana alamat tidak lengkap.

"Kadang kala hanya tulis alamat jalan sahaja, nombor lot, nombor rumah tiada sekaligus menyukarkan penghantaran surat kepada penerima," katanya.