Penunggang motosikal maut langgar tiang rumah

Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa selepas melanggar tiang sebuah rumah di Kampung Teras Beras Binjai, Kota Bharu awal pagi Rabu.
Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa selepas melanggar tiang sebuah rumah di Kampung Teras Beras Binjai, Kota Bharu awal pagi Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU – Seorang pemuda maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan melanggar tiang sebuah rumah di Kampung Teras Beras Binjai di sini awal pagi Rabu.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa Muhammad Ilman Bani Yami, 27, yang tidak bekerja dipercayai dari arah Kedai Lalat menuju ke arah Balai Polis Binjai.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mangsa tidak sedarkan diri sejurus kemalangan berlaku.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan ini dipercayai berpunca daripada kegagalan mangsa mengawal kenderaan sehingga terbabas selepas tiba di satu selekoh dan melanggar sebatang tiang rumah yang terletak berhampiran jalan tempat kejadian.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan bedah siasat dijalankan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),” katanya.

Artikel Berkaitan: