UMNO Pulau Pinang tetap bekerjasama dengan Pas

Musa Sheikh Fadzir
Musa Sheikh Fadzir
A
A
A

GEORGETOWN - UMNO Pulau Pinang tetap dengan pendiriannya akan bekerjasama dengan Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pihaknya akan mengadakan satu sesi bersama (retreat) dengan kepimpinan Pas Pulau Pinang dalam masa terdekat.

Menurutnya, sesi itu bagi memperkukuhkan kerjasama di bawah Muafakat Nasional selain berbincang beberapa perkara penting lain dalam persediaan menghadapi PRU15.

"Sesi 'retreat' itu bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antara dua parti, selain akan memperincikan mengenai kedudukan kerusi yang akan ditandingi UMNO dan Pas pada PRU15.

"Ketika ini, hubungan kita dengan Pas Pulau Pinang sangat rapat dan tidak ada masalah, malah banyak program yang diadakan secara bersama. Sokongan ini adalah daripada ahli akar umbi kedua-dua parti," katanya di Program Ceria Ke Sekolah Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Menara JKP, di sini pada Rabu.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi dalam PRU15 nanti, Musa berkata, UMNO Pulau Pinang sudah 50 peratus selesai dalam penentuan kerusi dan calon yang akan bertanding.

"Saya mengambil pendekatan menyerahkan sepenuhnya kepada bahagian masing-masing untuk menentukan calon sebelum dinilai pucuk pimpinan parti.

Tambahnya, pendekatan itu dibuat kerana tidak mahu lagi tersilap memilih calon yang akhirnya akan merugikan UMNO sendiri.

Artikel Berkaitan:

Pas buat pertama kali menyertai mesyuarat Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gerakan di Kepala Batas, di sini.

Dalam pada itu, Musa berkata, tindakan Gerakan menyertai PN tidak memberi kesan kepada kekuatan dan sokongan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.

"Kita tetap yakin dengan MCA dan MIC Pulau Pinang serta parti lain yang bersekutu dengan BN untuk bertanding di kerusi bukan majoriti Melayu di negeri dalam pilihan raya akan datang ini," katanya.