Tapir mati dirempuh pacuan empat roda

Seekor tapir mati akibat dirempuh kenderaan di Kampung Bukit Diman, Ajil, Hulu Terengganu pagi Selasa.
Seekor tapir mati akibat dirempuh kenderaan di Kampung Bukit Diman, Ajil, Hulu Terengganu pagi Selasa.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Sebuah kenderaan pacuan empat roda remuk selepas terlanggar seekor tapir yang melintas secara tiba-tiba di Kampung Bukit Diman, Ajil di sini pagi Selasa.

Kejadian berlaku pada jam 6.45 pagi di Kilometer 39 Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi itu menyebabkan tapir berkenaan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, ketika kejadian, pemandu kenderaan pacuan empat roda itu dari arah Wakaf Tapai menghala ke Jerangau.

"Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba dua ekor tapir telah melintas dari arah kiri ke kanan jalan.

"Pemandu berkenaan sempat membrek kenderaannya dan mengelak ke kanan jalan namun kerana jarak terlalu hampir, dia terlanggar salah seekor tapir tersebut.

"Akibat perlanggaran itu, pacuan empat roda berkenaan remuk teruk di bahagian depan, bagaimanapun pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Jelasnya, kes tersebut akan dirujuk ke Mahkamah Majistret.

Artikel Berkaitan: