53,287 orang terima suntikan pertama vaksin Covid-19

Tangkap layar ciapan di Twitter Khairy Jamaluddin pada Rabu.
Tangkap layar ciapan di Twitter Khairy Jamaluddin pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 53,287 individu telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga Selasa.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, daripada jumlah tersebut, negeri yang merekodkan jumlah keseluruhan tertinggi penerima suntikan Covid-19 ialah Sarawak iaitu sebanyak 9,737 orang.

Menurutnya, Perak merekodkan jumlah keseluruhan penerima suntikan kedua tertinggi dengan 5,714 orang diikuti Pahang (5,696) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (5,601).

“Selain itu, Kelantan merekodkan jumlah suntikan sebanyak 4,593 orang, diikuti Johor (4,430), Kedah (3,017), Terengganu (2,438) dan Selangor (2,047).

“Jumlah penerima suntikan bagi Negeri Sembilan ialah sebanyak 1,905 orang, selain Pulau Pinang (1,821), Melaka (1,501), Sabah (1,317), Wilayah Persekutuan Labuan (1,285), Perlis (1,057) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu sebanyak 1,028 orang,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter beliau pada Rabu.

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) melaporkan sehingga jam 8 pagi Selasa, sebanyak 1.7 juta individu telah melakukan pendaftaran untuk mendapatkan suntikan vaksin berdasarkan permohonan menerusi aplikasi MySejahtera.ndar Puteri, pada Rabu.

Bagi memastikan kejayaan program vaksinasi tersebut, kerajaan menyasarkan sebanyak 80 peratus atau 27 juta penduduk Malaysia perlu diberikan suntikan vaksin bagi membolehkan negara mencapai imuniti kelompok.

Pada 24 Februari lalu, kerajaan telah memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama dalam Malaysia yang menerima suntikan tersebut, diikuti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Artikel Berkaitan:

Dengan menggunakan tema ‘Lindung Diri, Lindung Semua’, PICK akan dilaksanakan dalam tiga fasa dengan fasa satu bermula Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang.

Fasa dua pula bermula dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang.

Fasa tiga pula dari Mei 2021 hingga Februari 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas sama ada warganegara atau bukan warganegara dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.