X

Kindly register in order to view this article
!

City perlu fokus berdepan United

Pemain City perlu bersedia untuk melayan kunjungan United, awal pagi Isnin nanti.
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tidak begitu mempedulikan kemenangan 4-1 skuad kendaliannya ke atas Wolves pada awal pagi Rabu, sebaliknya mahu memberikan fokus kepada aksi berdepan Manchester United awal pagi Isnin nanti.

Menurut Guardiola, aksi berdepan United menjadi satu-satunya perkara yang menjadi keutamaannya ketika ini berbanding dengan perlawanan-perlawanan lain dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Katanya, biarpun skuad The Citizens itu dilihat berada pada prestasi terbaik ketika ini, Guardiola tetap mengingatkan kesebelasan pemain untuk bersedia bagi mengharungi aksi berdepan The Red Devils.

“Saya memberikan keutamaan pada perlawanan menentang Manchester United ini dengan memikirkan segala rekod dan juga pencapaian kami dalam saingan EPL, setakat ini.

“Apa pun, kami memiliki dua hari untuk berehat selepas berdepan Wolves dan selepas itu kami akan bersiap sedia untuk melayan kunjungan Manchester United, awal pagi Isnin nanti,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, City membuka jaringan menerusi jaringan sendiri oleh pemain Wolves, Leander Dendocker pada minit ke-15, namun Conor Coady kemudianya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-61.

Bagaimanapun, tiga gol dalam tempoh 10 minit terakhir hasil jaringan Gabriel Jesus pada minit ke-80, 93 dan satu gol lagi dijaringkan Riyad Mahrez pada minit ke-90, berjaya ‘mematikan’ langkah Wolves dan seterusnya memastikan kemenangan City.

Kejayaan menewaskan Wolves turut menyaksikan Manchester City berpeluang cerah untuk terus mengungguli carta EPL 2021 apabila dilihat terus gah di puncak EPL dengan 65 mata berbanding 50 mata yang dicatatkan oleh Manchester United yang berada pada kedudukan kedua ketika ini.

Mengulas mengenai respons orang ramai yang meramalkan City bakal muncul selaku juara EPL musim ini, Guardiola berkata, juara sebenar EPL adalah Liverpool.

Bagaimanapun katanya, City kini berada pada prestasi untuk bergelar juara EPL pula musim ini.

“Kami mahu memenanginya (EPL) dan kemudiannya cuba untuk mempertahankan kemenangan itu.

“Kini City hanya perlu merealisasikan hasrat mendapat 33 mata untuk sah bergelar juara,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!