Dua kali dicekup, pesalah dadah ditahan sekali lagi

No Image Caption
A
A
A

LAHAD DATU - Walaupun sudah dua kali ditahan polis kerana kesalahan dadah, seorang lelaki disyaki pengedar dadah tidak serik-serik melakukan jenayah apabila ditahan sekali lagi bersama 5.62 gram dadah jenis syabu di Jalan Teratai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Nasri Mansor berkata lelaki tempatan berumur 25 tahun itu ditahan dalam Op Tapis di kawasan berkenaan pada 8.45 pagi.

"Lelaki ini ditahan selepas berkelakukan mencurigakan dan pemeriksaan menemukan satu peket lutsinar berisi hablur jernih disyaki syabu bernilai RM840 dan satu paket plastik mengandungi 15 gulung kertas timah di dalam seluar jeans suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nasri berkata, suspek juga didapati positif dadah jenis Methampethamine dan Amphetamine.

Katanya lagi, suspek mempunyai rekod tangkapan lampau berkaitan dadah di Labuan iaitu di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta tangkapan di Inanam di bawah Seksyen 39 A (1) akta yang sama.- Bernama

Artikel Berkaitan: