X

Kindly register in order to view this article
!

Petronas tawar hadiah bernilai RM1 juta

Petronas menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai hampir RM1 juta menerusi Petronas Primax 97 with Pro-Race Fuel. Gambar kecil: Khalil Jaffri
A
A

SHAH ALAM - Petronas Dagangan Berhad (PDB) menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai hampir RM1 juta termasuk kondomonium dan kereta Mercedes Benz menerusi Petronas Primax 97 with Pro-Race Fuel yang berlangsung kini hingga 31 Mei 2021.

PDB memaklumkan, untuk menyertai peraduan itu pelanggan hanya mengisi minyak dengan kadar minimum RM40 Petronas Primax 97 dengan Pro-Race sebanyak tiga kali sebulan sepanjang kempen itu berlangsung.

Menurut PDB, selepas tiga transaksi yang berjaya, lencana akan diberikan dan pelanggan berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan.

“Lebih banyak lencana yang dikumpul akan memberikan peluang yang besar untuk menang. Lencana berkenaan boleh didapati melalui aplikasi Setel.

“Mereka yang melakukan transaksi melalui aplikasi Setel juga boleh menerima bonus kelayakan bagi penyertaan. Pelanggan yang memilih cara pembayaran lain juga berpeluang menyertainya dengan cara mendaftar di laman web Setel,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

PDB berkata, hadiah utama peraduan kondominium bernilai RM600,000 manakala tempat pertama ialah sebuah Mercedes-Benz GLA 250 AMG Line bernilai hampir RM300,000.

“Turut ditawarkan ialah hadiah bulanan termasuk bekalan minyak selama setahun bernilai RM3,000 bagi tiga pemenang, e-baucar Setel RM100 untuk 100 pemenang dan dua unit minyak enjin Petronas Syntium 3000 5W-30 bernilai RM360 bagi 20 pemenang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Perniagaan Runcit PDB, Khalil Jaffri Muhammad Muri berkata, PDB mahu lebih ramai pengguna mencuba produk baharu berkenaan.

“Saya juga berterima kasih kepada penaja bersama peraduan ini iaitu UEM Sunrise Berhad serta Petronas Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM). Peraduan ini adalah tanda penghargaan kami kepada pelanggan,” katanya.

Petronas Primax 97 dengan Pro-Race dilancarkan pada Disember tahun lalu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!