Produk kosmetik bernilai RM350,000 dirampas

Sebahagian daripada 120 kotak produk kosmetik tidak bernotifikasi dengan KKM yang dirampas dalam Ops Fresh oleh CPF JKNS sejak Selasa lalu. Gambar kecil: Sha’ari
Sebahagian daripada 120 kotak produk kosmetik tidak bernotifikasi dengan KKM yang dirampas dalam Ops Fresh oleh CPF JKNS sejak Selasa lalu. Gambar kecil: Sha’ari
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merampas 120 kotak produk kosmetik bernilai RM350,000 yang disyaki tidak bernotifikasi dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, rampasan itu hasil serbuan dalam Ops Fresh dijalankan Cawangan Penguatkuasaan Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKNS di beberapa premis di sekitar Lembah Klang sejak Selasa lalu.

Menurutnya, hasil maklumat orang ramai produk terbabit dipercayai dijual secara dalam talian.

“Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan, syarikat tersebut boleh dikenakan hukuman iaitu denda tidak melebihi RM50,000 di bawah akta sama,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati sewaktu membeli produk kesihatan dan kosmetik yang dijual secara dalam talian serta memastikan produk dibeli di pasaran mematuhi keperluan undang-undang.

Katanya, orang ramai boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk dan notifikasi kosmetik dengan melayari www.npra.moh.gov.my atau dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 0378835400.

“Orang ramai juga digalakkan mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat berkenaan produk meragukan untuk membanteras penjualan produk kesihatan dan kosmetik yang tidak dibenarkan bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam.

“Aduan dan maklumat tersebut boleh disalurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi melalui laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my atau melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi wam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, aduan juga boleh dibuat di mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi berdekatan atau melalui talian 0378413200 supaya tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras penjualan produk ini di pasaran.