redONE kekal ‘tulang belakang’ TFC

Mohd Farid (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab Rasid Jusoh (tengah) ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan antara redONE dan TFC di Puchong pada Selasa.
Mohd Farid (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab Rasid Jusoh (tengah) ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan antara redONE dan TFC di Puchong pada Selasa.
A
A
A

SYARIKAT telekomunikasi, Red One Network Sdn Bhd (redONE) akan terus tampil menyokong pembangunan sukan tanah air menerusi tajaan yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Mohd Farid Yunus berkata, tajaan berkenaan dibuat bagi memastikan pemegang taruh industri sukan negara terus ‘bernyawa’ di sebalik ancaman pandemik Covid-19 ketika ini.

Beliau memberitahu, sumbangan tajaan kepada pihak yang terlibat terutamanya bagi industri bola sepak secara tidak langsung mampu ‘membangkitkan’ semula kemeriahan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

“Bola sepak ini menyatukan masyarakat dan dalam keadaan sekarang, para penyokong tidak boleh pergi ke stadium untuk menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan mereka.

“Walaupun tidak boleh pergi ke stadium, penyokong tetap dapat melihat pasukan mereka menerusi atas talian. Jadi jika tidak ada tajaan, mereka mungkin langsung tak boleh menyaksikan perlawanan bola sepak,” katanya.

Mohd Farid berkata demikian ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan antara redONE dan Terengganu FC (TFC) di Puchong, Selangor pada Selasa.

Mohd Farid (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab Rasid Jusoh (dua dari kanan) memegang jersi baharu TFC.
Mohd Farid (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab Rasid Jusoh (dua dari kanan) memegang jersi baharu TFC.

Mengulas penajaan kepada TFC, beliau berharap kerjasama antara kedua-dua belah pihak akan berterusan bagi memacu pembangunan bola sepak di Terengganu selain melebarkan perniagaan redONE di negeri itu.

Artikel Berkaitan:

“2021 adalah tahun kedua pihak redONE bertindak selaku penaja utama TFC yang bersaing dalam Liga Super serta PDRM FC yang beraksi dalam Liga Premier.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, penyokong bola sepak di Pantai Timur sememangnya luar biasa dan mereka kebanyakannya memang mengikuti perkembangan bola sepak.

“Selain bola sepak kami juga memang giat menyokong pembangunan sukan di negara ini seperti badminton, skuasy, lawan pedang dan beberapa sukan lain,” ujarnya.