RM1,000 untuk satu bahagian

Mohd Fakhrurrozi menunjukkan stok jerami padi yang dibeli sebagai makanan bagi menampung kos kenaikan harga dedak.
Mohd Fakhrurrozi menunjukkan stok jerami padi yang dibeli sebagai makanan bagi menampung kos kenaikan harga dedak.
A
A
A

KOTA BHARU - Kenaikan mendadak harga dedak lembu ketika ini cukup meresahkan penternak apabila bahan makanan itu amat diperlukan dalam membekalkan nutrisi tambahan sekali gus melengkapkan proses tumbesaran haiwan tersebut dengan lebih baik.

Rata-rata penternak ketika ini dilihat termenung panjang memikirkan kenaikan tersebut yang disifatkan cukup luar biasa sehingga mereka menjangkakan harga lembu korban boleh mencecah sehingga RM1,000 untuk satu bahagian.

Penternak, Mohd Fakhrurrozi Hassan, 33, berkata, tahun lalu harga paling tinggi yang ditawarkan untuk satu bahagian lembu bagi tujuan ibadah korban ialah RM750.

“Jika harga dedak terus naik, saya tidak menolak kemungkinan kos satu bahagian lembu korban juga meningkat.

“Saya jangka ia boleh mencecah RM1,000 satu bahagian lembu bersaiz besar,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kampung Sireh Bawah Lembah di sini pada Selasa.

Menurut Mohd Fakhrurrozi, kenaikan harga makanan tambahan itu dikesan berlaku semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan kerajaan bagi membendung penularan pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.

Sebahagian daripada ternakan biri-biri yang dimiliki oleh Mohd Fakhrurrozi.
Sebahagian daripada ternakan biri-biri yang dimiliki oleh Mohd Fakhrurrozi.

Katanya, harga asal dedak ssekitar RM42 untuk satu guni seberatnya 50 kilogram (kg).

Artikel Berkaitan:

Mohd Fakhrurrozi berkata, dia kini terpaksa membayar RM51 untuk setiap satu guni yang beratnya 50kg.

Katanya, setiap bulan dia terpaksa membelanjakan antara RM1,400 hingga RM1,600 untuk membeli dedak bagi memastikan haiwan ternakannya membesar dengan baik.“Selain lembu, saya juga ada bela kambing dan biri-biri bagi tujuan akikah," katanya.

Anak kelahiran Kampung Sireh Bawah Lembah itu turut merayu kepada pihak kerajaan supaya mencari alternatif membantu penternak yang terkesan dengan kenaikan harga dedak.