X

Kindly register in order to view this article
!

Lompat si katak lompat

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

BERITA dua orang ahli Parlimen PKR yang keluar parti tentunya jadi berita besar. Seorang wakili Julau dan seorang lagi Tebrau.

Mereka khabarnya akan jadi ahli Parlimen bebas tapi akan sokong kerajaan Tan Sri Perdana Menteri.

Nampaknya lompat melompat dah jadi budaya baharu dunia politik di negara kita.

Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri terlupa bahawa mewakili parti tertentu apabila mereka bertanding dalam pilihan raya.

Tindakan dua ahli Parlimen ini tentulah tamparan teruk pada Tuk Seri Anwar Ibrahim. Beliaulah yang ke sana ke mari mendakwa ada kelebihan nombor untuk tumbangkan kerajaan Tan Sri Perdana Menteri.

Tiba-tiba ahli partinya sendiri main katak lompat. Malah kedua-dua Ahli Parlimen itu berkata mereka “tidak senang dengan cara PKR bekerja.”

Tuk Seri Anwar kenalah lebih waspada, takut kalau-kalau ada orang lain yang akan melompat lagi ke sebelah.

Nampaknya Tan Sri Perdana Menteri dah lebih yakin bahawa kerajaannya ada kelebihan. Tidaklah keadaannya macam telur di hujung tanduk.

Walaupun begitu, Awang rasa perlu ada undang-undang menghalang lompat melompat cara ini.

Perbuatan ini memburukkan imej orang politik. Mereka bukan sahaja khianati parti tetapi juga pengundi mereka.

Memang ada ura-ura nak gubal undang-undang atau akta anti lompat, tapi kerajaan manakah yang sanggup usulkan?

Lebih-lebih jikalau kerajaan yang memerintah memerlukan orang melompat ke sebelahnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!