Lambaian New Zealand

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

AWANG terkejut sangat apabila tersebar berita bahawa seorang timbalan menteri sedang bercuti 55 hari untuk menemui anaknya di New Zealand.

Khabarnya, keluarga beliau pemaustatin tetap (permanent resident) di sana. Anak beliau yang masih kecil bersekolah di sana.

Awang kesian pada Tan Sri Perdana Menteri. Ini satu lagi beban yang beliau kena galas. Orang ramai tentu bertanya bagaimana hal itu boleh berlaku?

Bagaimanakah seorang ahli Parlimen dan timbalan menteri boleh bercuti di luar negara pada saat negara dilanda wabak Covid-19. Rakyat di suruh duduk rumah. Nak rentas daerah pun tak boleh.

Hebat jugalah kalau betul Tan Sri Perdana Menteri boleh bagi pengecualian sebegitu kepada seseorang. Maklumlah sekarang rakyat kita tak boleh keluar negara tanpa sebab, tambahan lagi kalau bukan atas urusan rasmi.

Menurut ceritanya, timbalan menteri ini pergi ke sana pada bulan Disember lagi. Masa itu musim banjir di kawasannya. Nampaknya wakil beliaulah yang ke sana ke mari membantu mangsa banjir.

Rakyat memang patut rasa kesal dan marah. Negara tak boleh ada dua peraturan, satu yang babitkan orang kenamaan, satu lagi untuk rakyat jelata. Semua orang sayangkan anak. Tapi semua orang disuruh patuh pada peraturan. Pemimpin patut tunjuk contoh yang baik. Dalam kerajaan Tan Sri Perdana Menteri banyak sangat kes pemimpin yang cakap tak serupa bikin.

Artikel Berkaitan: