X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan perlu berani adakan sidang Parlimen

Muhammad Fathi. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
A
A

SHAH ALAM – Kerajaan perlu mempunyai keberanian untuk mengadakan sidang Parlimen walaupun negara sedang berada dalam keadaan darurat.

Pakar Perlembagaan, Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, Perdana Menteri dan Kabinet juga perlu bersedia berhadapan dengan pelbagai situasi dan kemungkinan jika Parlimen bersidang semula.

“Kita boleh faham kedudukan UMNO yang seorang Perdana Menteri dulunya Timbalan Presiden UMNO keluar parti menubuhkan parti lain dan sekarang ini terpaksa bersama dengan dia.

“Kita juga boleh faham kerjasama yang wujud itu dalam keadaan sebahagian daripada ahli Parlimen UMNO lompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Kita tahu perasaan yang timbul di kalangan ahli dan pemimpin UMNO mengenai perkara itu yang menyebabkan kerajaan yang ada sekarang ini perlu berani,” katanya ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian Siri ke-235 bertajuk ‘Sidang Parlimen Ketika Darurat: Demi Politik Atau Rakyat’ yang disiarkan menerusi dalam talian pada Selasa.

Wacana itu turut menampilkan dua lagi panelis iaitu Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan Ahli Parlimen Tanjung Karang manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Menurut Muhammad Fathi, beliau tidak menolak kemungkinan berlaku pergolakan politik jika persidangan itu dilaksanakan, namun percaya ia memberi ruang kepada proses demokrasi di negara ini.

Sekiranya berlaku sebarang perkara dalam tempoh tersebut, beliau percaya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai kebijaksanaan untuk mengambil langkah bagi mencari jalan penyelesaian.

“Sama ada mungkin jika kita perhatikan dalam Ordinan Darurat, jika Parlimen terpaksa dibubarkan atau Perdana Menteri hilang kepercayaan, ada solusi yang saya percaya boleh ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mencari penyelesaian,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!