Airasia food tembusi pasaran Singapura

No Image Caption
A
A
A

PERKHIDMATAN penghantaran makanan AirAsia, airasia food, menembusi pasaran Singapura secara rasminya pada Selasa dan menawarkan penghantaran secara percuma tanpa had bermula 2 hingga 16 Mac 2021 kepada pengguna bagi penghantaran dalam jarak lapan kilometer dari tempat pesanan di Singapura.

“Pengembangan kami ke Singapura merupakan satu pencapaian utama bagi aplikasi airasia super yang menjadi platform e-dagang ASEAN paling pantas berkembang sejak dilancarkan tahun lalu.

“Dengan sekurang-kurangnya 50 peratus rakyat Singapura makan di luar setiap hari dan kira-kira 2.7 juta pengguna penghantaran makanan dalam talian yang aktif pada 2020, kami teruja untuk menjadi pemain penting dalam platform penghantaran makanan di Singapura,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan pada Selasa.

airasia food menawarkan pengguna di Singapura satu alternatif baharu dan sangat kompetitif bagi perkhidmatan penghantaran makanan, menawarkan pelbagai pilihan penghantaran makanan dari kedai popular seperti No Signboard Seafood, The Shepherd's Pie, Swee Choon Tim Sum, Maki-san, Pizza Express dan banyak lagi.

“Kami terus mengalu-alukan lebih ramai pengusaha makanan dan minuman (F&B) untuk menyertai kami, dan airasia food akan menyediakan pasukan yang berdedikasi untuk berurus niaga dalam pesawat dan membolehkan mereka bersiaran langsung dalam tempoh 48 jam tanpa pendaftaran atau yuran persediaan.

“Apa yang mereka perlu lakukan adalah mengisi borang dan ejen airasia akan menghubungi mereka secepat mungkin,” kata ketua e-Dagang aplikasi super airasia, Lim Ben-Jie.

Berdasarkan skim insentif itu, Lim berkata, dianggarkan penunggang penghantaran dapat memperoleh pendapatan sehingga purata S$700 seminggu.

"Saya yakin ini memberikan pilihan yang sangat baik bagi kebanyakan penunggang yang pendapatan isi rumahnya mungkin terkesan oleh kenaikan harga petrol baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

“Ditambah dengan kadar komisen yang lebih rendah untuk peniaga dan salah satu kadar penghantaran yang paling berpatutan berbanding penyedia pasaran, kami ingin menyumbang secara positif terhadap keseluruhan rantaian penghantaran makanan di Singapura dan dapat mengembangkan lagi segmen ini,” katanya lagi. - Bernama