Bursa Malaysia sumbang zakat perniagaan RM667,000 kepada PPZ-MAIWP

Bursa Malaysia
Bursa Malaysia
A
A
A

KUALA LUMPUR- Bursa Malaysia Bhd pada Selasa membuat pembayaran zakat berjumlah RM667,000 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Bursa Malaysia dalam satu kenyataan berkata, amaun itu mewakili jumlah pembayaran zakat perniagaan Bursa Malaysia Group bagi tahun kewangan 2020, yang diperoleh daripada keuntungan tahun itu.

Pembayaran zakat itu merupakan sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporatnya yang sejajar dengan ikrar Bursa Malaysia untuk menyumbang satu peratus daripada keuntungan selepas cukainya kepada projek komuniti yang akan membawa perubahan posifti dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Majlis serahan zakat itu diadakan di Bursa Malaysia yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Muhamad Umar Swift kepada Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Ahmad Shukri Yusoff dan disaksikan oleh Pengerusi Bursan Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Pengerusi PPZ-MAIWP Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee.

"Meskipun cabaran kesihatan dan ekonomi yang dihadapi sekarang, kami beruntung dapat mencapai prestasi kewangan 2020 yang begitu memberangsangkan.

"Oleh itu, kami bersyukur di atas peluang dapat menyalurkan bantuan ke arah pembangunan masyarakat yang mampan terutamanya kepada segmen rentan daripada penduduk kita,” kata Umar. - Bernama

Artikel Berkaitan: