Kedai tayar musnah seratus peratus

Kedai tayar musnah seratus peratus dalam kejadian kebakaran di Kampung Awah,Maran pada Selasa. -Foto ihsan bomba
Kedai tayar musnah seratus peratus dalam kejadian kebakaran di Kampung Awah,Maran pada Selasa. -Foto ihsan bomba
A
A
A

MARAN - Sebuah kedai tayar musnah seratus peratus dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Lot 115, Kampung Awah di sini pada jam 2.30 petang pada Selasa.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, seramai enam anggota dan seorang pegawai bersama satu unit jentera Fire Rescue Team(FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi pemadaman turut mendapat bantuan daripada BBP Bukit Angin,Temerloh dengan kekuatan 14 anggota, seorang pegawai serta sebuah jentera FRT, lori Isuzu dan kenderaan pacuan empat roda Hilux.

"Kebakaran melibatkan sebuah kedai tayar jenis separuh kekal berukuran 24 meter x 24 meter kaki persegi dengan kemusnahan seratus peratus namun tidak membabitkan sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelasnya, operasi dapat dikawal pada jam 4.25 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 6.31 petang manakala jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: