X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

PBKD setuju lulus pendaftaran bersyarat 3 lagi vaksin

Gambar Hiasan
A
A

PUTRAJAYA - Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada Selasa bersetuju meluluskan pendaftaran secara bersyarat tiga produk vaksin Covid-19 untuk kegunaan semasa bencana.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga vaksin berkenaan ialah 'Covid-19 Vaccine AstraZeneca Solution for Injection dari pengilang Medimmune Pharma B V Netherland, CoronaVac Suspension for Injection atau Sinovac dan Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection iaitu pemegang pendaftaran oleh Pfizer.

"Pendaftaran bersyarat ini memerlukan syarikat pemegang pendaftaran untuk mengemukakan analisis data-data tambahan dan terkini untuk dinilai Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

"Ia bagi memastikan keberkesanan dan keselamatan vaksin sentiasa dikemas kini dan perbandingan manfaat risiko vaksin ini kekal positif," katanya pada sidang akhbar Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini pada Selasa.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, NPRA pada masa ini juga masih menilai dua lagi produk vaksin Covid-19 iaitu Gam-Covid-Vac atau Sputnik V (keluaran Gamaleya National Research Centre for Epidemiology and Microbiology, Russia) dan CoronaVac Suspension for Injection-Sinovac.

"KKM juga sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak Covid-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang sudah dinilai daripada pelbagai aspek," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!