Majlis sosial termasuk perkahwinan kini dibenarkan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua majlis sosial di negeri berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini dibenarkan diadakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, majlis sosial itu merangkumi majlis rasmi dan tidak rasmi antaranya seperti resepsi perkahwinan, pertunangan, kenduri doa selamat, akikah, majlis ulang tahun termasuk 'reunion'.

"Bagi majlis perkahwinan yang dibenarkan kepada pasangan beragama Islam kini ia turut diperluaskan kepada pasangan beragama lain.

"Kehadiran tetamu di majlis-majlis itu di kawasan PKPB adalah 50 peratus daripada keluasan premis, manakala bagi kawasan PKPP mengikut keluasan premis dan perlu mematuhi penjarakan fizikal," katanya pada sidang media harian PKP 2.0 pada Selasa.

Ismail Sabri berkata, majlis perkahwinan yang diadakan di luar dewan juga dibenarkan asalkan mematuhi penjarakan fizikal serta tidak bersesak.

Selain itu, katanya, bagi pelaksanaan bengkel, seminar, kursus, ceramah, mesyuarat bersemuka dan aktiviti berkaitan juga kini dibenarkan untuk diadakan.

"Bagaimanapun kehadiran peserta ke program tersebut di kawasan PKPB adalah 50 peratus dari keluasan premis dan mengikut keluasan premis bagi kawasan PKPP dengan pematuhan penjarakan fizikal," katanya.

Artikel Berkaitan: