Suri rumah nyaris dipatuk ular tedung

Anggota APM bersama ular tedung hitam yang berjaya ditangkap dalam operasi tersebut. Foto ihsan APM
Anggota APM bersama ular tedung hitam yang berjaya ditangkap dalam operasi tersebut. Foto ihsan APM
A
A
A

LIPIS - Seorang suri rumah di Kampung Sama Benta di sini terselamat daripada dipatuk ular tedung hitam selepas dia terdengar bunyi semburan reptilia terbabit pada Selasa.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika wanita berusia 37 tahun itu berada di dapur rumahnya untuk memasak.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lipis, Kapten (PA) Mohd Azhar Yusof berkata, wanita terbabit kemudiannya segera menghubungi talian kecemasan 999.

Menurutnya, seramai lima anggota APM daerah itu bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 12.31 tengah hari.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, anggota terlibat mendapati ular tersebut berada di bawah almari di dapur dan cuba melarikan diri di celah-celah peti ais.

"Pihak APM telah berjaya menangkap ular seberat 0.5 kilogram (kg) dan panjang kira-kira satu meter menggunakan penjerut serta penyepit," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Mohd Azhar berkata, pihaknya mengambil masa selama sembilan minit untuk menangkap reptilia berkenaan dan tiada kecederaan berlaku manakala reptilia terbabit dilepaskan di tempat selamat serta jauh dari orang ramai.

Artikel Berkaitan: