Susun semula jadual suntikan vaksin Covid-19

Fuziah
Fuziah
A
A
A

KUANTAN- Jadual pemberian vaksin Covid-19 kepada pasukan barisan hadapan perlu disusun semula selepas dos tambahan vaksin itu tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, perkara itu perlu diselaraskan berikutan aduan berhubung penangguhan suntikan vaksin terbabit.

"Selepas terima aduan itu, saya telah menghubungi pihak pengurusan HTAA dan Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

"Beliau memaklumkan bahawa dos vaksin tambahan akan dihantar esok (Rabu) dan jadual baharu pengambilan vaksin akan dikeluarkan apabila dos vaksin tersebut sampai," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau juga berharap pengambilan vaksin untuk semua pasukan barisan hadapan di Kuantan dapat berjalan dengan lancar.

Fuziah berkata, beliau akan terus memantau bagi memastikan pasukan barisan hadapan mendapat khidmat yang terbaik di dalam penerimaan vaksin.

"Saya harapkan tiada isu berkenaan memotong barisan (queue)," katanya.

Artikel Berkaitan: