X

Kindly register in order to view this article
!

Jakim bincang tambah baik undang-undang syariah

Infografik kenyataan Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
A
A

SHAH ALAM - Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan berbincang bagi melihat penambahbaikan undang-undang syariah di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan mempunyai Pelan Pemerkasaan Undang-undang Syariah sehingga tahun 2025.

Datuk Ahmad Marzuk Shaary
Datuk Ahmad Marzuk Shaary

Menurut Ahmad Marzuk, pelan tersebut melibatkan penggubalan empat akta baharu dan pindaan terhadap tujuh akta sedia ada.

“Usaha ini bagi mengharmonikan undang-undang sivil yang berteraskan Undang-Undang Lazim (Common Law) dengan undang-undang syariah juga akan diletakkan sebagai langkah utama.

“Namun, ingin saya tegaskan bahawa dalam memperkasakan undang-undang syariah, tidak boleh lalai menjaga asas sedia ada supaya tidak sampai diruntuhkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada 27 Februari, Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil Jakim bersedia untuk bersidang bagi penambahbaikan undang-undang kesalahan jenayah syariah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, jawatankuasa itu akan berunding dengan negeri-negeri dan pihak berkepentingan dalam usaha untuk memperkasa dan menyeragamkan undang-undang syariah di Malaysia.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!