X

Kindly register in order to view this article
!

Lompat parti: Pas pegang prinsip demokrasi

MOHD AMAR
A
A

KOTA BHARU - Pas tidak pernah melakukan sebarang perbincangan mengenai cadangan penubuhan akta atau undang-undang bagi mengatasi masalah lompat parti dalam kalangan wakil rakyat di negara ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas masih lagi berpegang kepada proses demokrasi yang mana setiap individu diberikan hak untuk memilih.

Menurutnya, Pas tidak pernah membincangkan perkara tersebut kerana ada pandangan mengatakan tukar parti merupakan hak demokrasi.

“Kalau ambil dari sudut demokrasi, maka kita tidak boleh menafikannya. Pembangkang ini lain, kalau orang dia sokong kerajaan, dia marah. Kalau orang kerajaan sokong dia, dia terima pula. Itu masalahnya.

“Tapi kalau pembangkang sokong Perdana Menteri, baguslah. Dari segi politik, tengok secara kasarnya, (lompat parti) merupakan satu keyakinan wakil rakyat kepada kerajaan setelah mereka melihat setahun pemerintahannya. Mereka baru berasa yakin dan mereka ambil keputusan untuk keluar parti,” katanya kepada pemberita selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Dewan Utama Kompleks Kota Darul Naim di sini pada Selasa.

Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke yang memberitahu bahawa perbuatan lompat parti tidak boleh dipandang remeh dan dibiarkan berterusan kerana memberi kesan buruk terhadap negara.

Loke berkata demikian semasa menjadi panelis webinar bertajuk 'How To Deter Party Hopping in Malaysia' yang bersiaran secara langsung di Facebook Bersih 2.0 pada Isnin.

Webinar berkenaan turut menampilkan saintis politik, Profesor Dr Wong Chin Huat yang membentangkan isu penggubalan undang-undang anti lompat parti, manakala Bendahari Bersih 2.0, Ngeow Chow Ying pula bertindak sebagai moderator.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!