X

Kindly register in order to view this article
!

Unifi siar perlawanan Piala Sumbangsih dan Liga Super

Unifi akan menjadi penyiar rasmi untuk Piala Sumbangsih dan Liga Super. -Foto: FB Selangor FC
A
A

UNIFI TV meneruskan kerjasama dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menjadi penyiar rasmi Piala Sumbangsih dan Liga Super yang akan berlangsung pada Jumaat ini.

Perkara itu diumumkan Unifi melalui Ketua Pegawai Komersialnya, Anand Vijayan yang menyatakan sokongan kepada bola sepak negara terutama membawakan saingan liga secara terus kepada penonton.

"Bola sepak adalah sukan nombor sahaja bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat global. Di Unifi, kami berkongsi minat yang sama, malah kami telah lama menjadi rakan kongsi dalam arena bola sepak tempatan.

"Kami teruja untuk meneruskan kerjasama kami dengan MFL ke arah pembangunan bola sepak serta membawa liga bola sepak tempatan kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Dalam situasi semasa ini, kami berharap dengan membawakan perlawanan bola sepak secara terus ke rumah anda, akan mengekalkan semangat kesukanan yang tinggi serta menyatukan kami.

"Unifi kini menjadi satu-satunya yang menawarkan momen bola sepak secara langsung dalam kualiti definisi tinggi (HD) di kaca TV anda," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, peminat bola sepak di seluruh negara boleh menyaksikan perlawanan kegemaran mereka secara langsung menerusi Unifi TV, aplikasi Unifi PlayTV serta menerusi saluran YouTube unifi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!