KKM perlu ambil tindakan kakitangan tularkan isu ‘potong barisan’

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin di pejabatnya di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin di pejabatnya di sini.
A
A
A

KOTA BHARU – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap kakitangan yang tidak patuh pada etika kerja bagi memberi pengajaran kepada mereka yang terbabit terutamanya dalam isu ‘potong barisan’ suntikan vaksin Covid-19 yang didakwa ditularkan kakitangan kementerian itu sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, pihaknya menafikan mereka terlibat dengan sebarang gesaan sehingga wujudnya penularan tersebut.

“Kementerian Kesihatan seharusnya memperkuatkan sistem pentadbiran mereka dan mengambil tindakan kepada kakitangan yang mungkin lalai sedikit dari peraturan serta prosedur yang sepatutnya.

“Perkara ini perlu dilakukan siasatan memandangkan ia telah mencemarkan nama baik kerajaan negeri dan saya tidak pernah mengambil hal perkara seperti ini.

“Tapi apabila kerajaan negeri Kelantan yang dilabelkan sebagai negeri Islam dicemarkan dengan perkara ini, maka imej kita jadi tidak baik. Perkara ini perlu dipandang serius kerana imej kami tercalar,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini pada Selasa.

Sebelum ini tular di laman-laman sosial dan aplikasi Whatsapp mengatakan wujud gesaan daripada pihak pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang mahu mereka diberikan ‘laluan khas’ untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Penularan tersebut memberi kesan kepada imej baik kerajaan negeri sedangkan tidak pernah wujudpun sebarang gesaan mahupun ‘potong barisan’ sebagaimana yang digempar-gempurkan.

Mengulas lanjut, Izani berkata, pihaknya juga akan membuat laporan polis untuk menafikan perkara tersebut selain mahu pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan dengan lebih lanjut.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, tindakan itu perlu dilakukan kerana ia dilihat sudah keterlaluan memandangkan perkara itu bukanlah ketetapan pihak kerajaan negeri, namun ia diputuskan pihak kementerian kesihatan sendiri.