Asyraf Wajdi belum terima surat tuntutan Maszlee

Aysraf Wajdi Dusuki
Aysraf Wajdi Dusuki
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki masih belum menerima surat tuntutan (LOD) daripada bekas Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malik berhubung isu buku teks Sejarah Tingkatan Empat.

Menurut Asyraf Wajdi, beliau akan menyerahkan kepada pasukan peguamnya untuk tindakan lanjut selepas menerima surat tuntutan daripada Ahli Parlimen Simpang Renggam itu.

“Sehingga kini saya masih belum terima LOD daripada YB @maszlee. Pasukan peguam saya akan meneliti kandungan LOD dan mengesyorkan tindakan susulan berdasarkan undang-undang.

“Mahu guna undang-undang, kita cari kebenaran melaluinya. Hal-hal lain sudah tidak relevan! #bukutekssejarah,” ciap Asyraf Wajdi di laman Twitternya pada Selasa.

Pada Selasa, Dr Maszlee dalam satu kenyataan berkata, beliau telah menghantar surat tuntutan terhadap Asyraf.

Artikel Berkaitan: