11 kawasan di Sabak Bernam alami gangguan bekalan air

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SABAK BERNAM - Sebanyak 11 kawasan di daerah Sabak Bernam mengalami gangguan bekalan air sementara bermula jam 10 malam ini.

Menerusi aplikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, gangguan itu berlaku berikutan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip bocor di Kilometer 52 Jalan Sungai Panjang, Sabak Bernam.

Menurut kenyataan itu, bekalan air dijangka kembali pulih pada jam 4 pagi Rabu.

"Kawasan terjejas ialah Taman Air Manis, Sekendi, Pekan Sabah Bernam, Sepintas, Kampung Baru dan Sungai Air Tawar.

"Selain itu, Parit Baru, Sungai Tengar, Teluk Rhu, Sungai Apong dan Sungai Lang," kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, pelanggan dinasihatkan menyimpan bekalan secukupnya sepanjang tempoh gangguan.

"Segala tindakan perlu akan diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja paip bocor ini dan pemulihan bekalan kepada pelanggan terjejas," katanya.

Artikel Berkaitan: