X

Kindly register in order to view this article
!

10 ahli Geng 21 Kluang diberkas

Ayob Khan (kanan) menunjukkan suspek Geng 21 Kluang yang ditahan menerusi serbuan pada 16 Januari lalu pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Johor Bahru pada Selasa.
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor berjaya menahan 10 ahli kumpulan kongsi gelap Geng 21 Kluang menerusi lapan serbuan di sekitar negeri ini pada 16 Januari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan dilakukan Bahagian D7 dan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bermula kira-kira jam 2.30 pagi di Johor Bahru, Iskandar Puteri, Seri Alam, Batu Pahat, Kluang, Kulai, Muar, Pontian dan Tangkak.

Menurutnya, hasil daripada serbuan itu seramai 10 lelaki berusia antara 29 hingga 44 tahun yang merupakan ahli kumpulan kongsi gelap Geng 21 Kluang ditahan.

"Semakan rekod jenayah mendapati kesemua suspek memiliki rekod lampau berkaitan kes pengedaran dan penyalahgunaan dadah serta jenayah kekerasan.

"Polis turut merampas dua objek disyaki lambang Geng 21, 17 buah telefon bimbit serta dua bilah pisau lipat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini pada Selasa.

Ayob Khan berkata, polis percaya pihaknya berjaya menyelesaikan 14 kes jenayah kekerasan melibatkan kes samun berkumpulan dengan mendatangkan kecederaan parah hasil daripada serbuan tersebut.

Menurutnya, kongsi gelap ini aktif melakukan jenayah pemerasan di tapak projek pembinaan, ugutan jenayah serta mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata di daerah Kluang dari tahun 2019 hingga 2020.

"Lapan daripada suspek diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) untuk siasatan lanjut.

"Seorang suspek telah dituduh di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan telah mengaku bersalah di mahkamah serta dikenakan hukuman denda RM1,500 manakala seorang lagi suspek dibebaskan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!