Ketua Menteri Melaka yakin vaksin Covid-19 selamat

Sulaiman ketika menerima suntikan Covid-19 ketika Program Imunisasi Covid-19 peringkat negeri, di Dewan Seri Negeri di Ayer Keroh, di sini, pada Isnin.
Sulaiman ketika menerima suntikan Covid-19 ketika Program Imunisasi Covid-19 peringkat negeri, di Dewan Seri Negeri di Ayer Keroh, di sini, pada Isnin.
A
A
A

MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 di negeri ini bagi memberi keyakinan kepada rakyat di negeri ini bahawa vaksin Pfizer-BioNTech selamat.

Bagaimanapun katanya, terpulang kepada individu lain yang mahu memberi laluan kepada golongan barisan hadapan mahupun mereka yang memerlukan untuk menerima suntikan vaksin tersebut.

"Saya menerima suntikan yang pertama di negeri ini supaya rakyat tidak risau dengan keselamatan vaksin.

"Bagi saya tak ada masalah nak ambil vaksin bila-bila. Fasa ketiga pun tak mengapa kerana vaskin ini diberikan secara percuma oleh kerajaan," katanya kepada pemberita ketika Program Imunisasi Covid-19 peringkat negeri di Dewan Seri Negeri di Ayer Keroh di sini pada selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang tidak menyertai kumpulan terawal menerima vaksin Covid-19 di negeri itu kerana mahu mengutamakan petugas barisan hadapan serta rakyat yang memerlukan.

Sulaiman antara 1,097 individu termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta petugas barisan hadapan yang menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 itu.

Sulaiman berkata, daripada 1,097 orang penerima suntikan pertama dos vaksin Covid-19 pada Isnin, seramai 1,037 melibatkan petugas barisan hadapan kesihatan dan beberapa agensi lain.

Beliau berkata, hanya 60 penerima membabitkan petugas kerajaan negeri termasuk barisan Exco dan wakil rakyat.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, katanya, tidak timbul isu potong giliran suntikan vaksin bagi fasa pertama kerana kerajaan negeri hanya menghantar cadangan nama yang perlu dan layak untuk menerimanya, namun segala keputusan dibuat Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Bagi peringkat kerajaan negeri, hanya 60 orang termasuk Exco menerima suntikan hari ini (Selasa).

"Dakwaan bahawa ahli politik dan anggota keluarga mereka potong barisan, datanglah sini tengok adakah saya bawa isteri dan anak-anak?" katanya.