ADUN Meru campur tangan isu sekolah 'sesak'

Gambar kesesakkan di sebuah sekolah di Meru yang tular di media sosial pada Isnin.
Gambar kesesakkan di sebuah sekolah di Meru yang tular di media sosial pada Isnin.
A
A
A

MERU - Gambar tular kesesakan di sebuah sekolah di sini ketika bermula sesi persekolahan pada Isnin menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar terpaksa campur tangan bagi menyelesaikan isu terbabit.

Mohd Fakhrulrazi berkata, gambar yang tular di media sosial itu dirakam di sebuah sekolah agama terletak di Pekan Meru.

Menurutnya, pihak sekolah tidak dapat mengawal keadaan kerana ia terletak di luar kawasan sekolah dan di luar bidang kuasa kawalan mereka.

“Semalam (Isnin) bermula sesi persekolahan untuk murid Tahun Satu dan Tahun Dua. Disebabkan anak-anak ini baru bersekolah jadi semua ibu bapa hadir bagi menemani anak-anak mereka.

“Keadaan sesak dan tidak terkawal semalam (Isnin). Jadi hari ini (Selasa) saya hadir ke sekolah untuk memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Fakhrulrazi ketika memantau pematuhan SOP di sekolah berkenaan pada Selasa.
Mohd Fakhrulrazi ketika memantau pematuhan SOP di sekolah berkenaan pada Selasa.

Menurutnya, meskipun wakil rakyat daripada Pakatan Harapan (PH) tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan, Mohd Fakhrulrazi berkata, beliau tetap mendapatkan maklumat daripada guru yang ingin memberi kerjasama.

“Sekolah-sekolah di Meru antara sekolah paling padat di Malaysia. Jadi untuk atasi masalah kesesakan kehadiran ibu bapa, kita minta bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pihak polis hingga keadaan benar-benar stabil.

Artikel Berkaitan:

“Kita juga akan gunakan khidmat bantuan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK),” katanya.

Katanya, beliau juga ada mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah dan sedia menawarkan apa saja bantuan termasuk kewangan untuk pastikan SOP dipatuhi dan kawalan keluar masuk pelajar teratur.