X

Kindly register in order to view this article
!

Boikot produk bukan Islam: Apa kata pendakwah?

A
A

ISU boikot-memboikot dari menggunakan produk bukan Islam dilihat mula digunakan semula oleh sesetengah pihak apabila kebelakangan ini timbul pelbagai perselisihan berkaitan perkauman atau rasis.

Namun, bolehkah usaha memboikot itu dilakukan terutama di negara ini yang mempunyai pelbagai kaum dan agama serta kebanyakan pengeluar atau pemilik barangan keperluan harian dihasilkan oleh pihak bukan Islam.

Pendakwah bebas, Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim berkata, dari sudut pandangan dakwah, boikot hanya kerana isu perkauman adalah tidak beretika.

"Dari sudut dakwah, ada alternatif lain boleh digunakan selain boikot kerana tidak semua bukan Islam memusuhi Islam.

"Oleh itu, bagi saya, lebih baik orang Islam memilih membeli barangan atau produk Muslim berbanding boikot produk bukan Islam," katanya.

Menurutnya, tindakan boikot juga dari jangka masa panjang dakwah, kelihatan seperti Islam membenci bukan Islam.

"Jadi bagi saya, alternatif sama ada nak beli barang Muslim atau bukan Islam, saya lebih memilih membeli dengan Muslim. Tetapi produk bukan Islam saya tidak boikot.

"Saya memilih alternatif itu untuk bantu orang Islam. Dalam masa sama, peniaga Islam itu sendiri perlu meningkatkan kualiti produknya serta pemasarannya agar setanding dengan produk bukan Islam," katanya.

Tambahnya juga, usaha boikot itu hanya boleh dilakukan sekiranya secara terang-terangan pihak yang berkenaan memerangi Islam.

"Oleh itu, bimbang akan jejaskan usaha dakwah ke atas mereka (bukan Islam), lebih baik orang ramai memilih untuk menggunakan produk Muslim, di mana terjamin halal dan lebih diyakini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!