Surat peletakan jawatan sudah dihantar ke pejabat Speaker Sabah

Loretto menyampaikan surat peletakan jawatan ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir di pejabat Speaker DUN Sabah, di Bangunan DUN, Kota Kinabalu pada Selasa.
Loretto menyampaikan surat peletakan jawatan ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir di pejabat Speaker DUN Sabah, di Bangunan DUN, Kota Kinabalu pada Selasa.
A
A
A

KOTA KINABALU - Surat peletakan jawatan Hassan A Gani Pg Amir sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik sudah dihantar ke pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Selasa.

Surat itu disampaikan oleh Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Loretto Padua pada jam 12.15 tengah hari di Bangunan DUN.

Surat itu ditujukan kepada Speaker DUN Sabah berhubung peletakan jawatan serta-merta Hassan sebagai ADUN Sabah.

Antara isi kandungan surat itu menyatakan selaras dengan ikrar kesetiaan kepada Warisan, Hassan menyerahkan dan memaklumkan peletakan jawatan sebagai ADUN dengan serta-merta.

Kandungan surat itu juga menyatakan bahawa beliau faham bahawa dengan tindakannya itu, beliau tidak akan layak untuk menjadi calon untuk ADUN selama lima tahun bermula dari tarikh surat itu.

Surat ditandatangani oleh Hassan sendiri dengan catatan tarikh pada 26 Februari 2021.

Surat peletakan jawatan ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir.
Surat peletakan jawatan ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum ini memaklumkan, surat peletakan jawatan yang ditandatangani Hassan akan diserahkan kepada Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Hassan dalam satu kenyataan di Facebook mendakwa bahawa sumpah setia pada Warisan yang dilafaz sebelum menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah tidak sah kerana terpaksa.

Surat peletakan jawatan itu ditandatangani Hassan sebelum menjadi wakil rakyat pada PRN Sabah dan jika beliau mengkhianati Warisan dan meninggalkan parti serta menyokong parti politik lain, beliau harus meletakkan jawatan sebagai ADUN.

Hassan baru-baru ini mengumumkan keluar daripada Warisan dan menyatakan sokongan kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Sebatik dakwa sumpah setia pada Warisan tidak sah

ADUN Sebatik umum keluar Warisan