X

Kindly register in order to view this article
!

Liverpool, Bayern masih pasukan terbaik

GUARDIOLA
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola enggan terbuai dengan persembahan cemerlang pasukannya ketika ini selepas melakar 20 kemenangan secara berturut-turut dalam semua kejohanan.

Malah, Guardiola turut menyifatkan Bayern Munich dan Liverpool masih layak dilabel pasukan terbaik selepas masih memegang gelaran sebagai juara Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Kami harus tampil lebih baik dan meraih seberapa banyak kemenangan. Tetapi, saya tidak membantah bahawa kemenangan yang kami capai dalam beberapa bulan terakhir ini adalah sangat luar biasa.

"Kami bermain dengan cemerlang dan menang dengan keputusan yang meyakinkan sekali gus memastikan kami memperoleh banyak mata. Namun, ada juga situasi kami tidak bermain baik, tetapi turut berjaya menang dan ia juga situasi yang luar biasa," katanya.

Kali terakhir City gagal menang adalah pada pertengahan Disember ketika seri 1-1 dengan West Bromwich Albion manakala kekalahan terakhir skuad kendalian Guardiola itu adalah pada bulan November.

Persembahan cemerlang City itu membuatkan mereka kini kukuh di puncak liga sekaligus mencerahkan peluang untuk menjuarai saingan EPL selain turut berpeluang menambah beberapa trofi seperti Liga Juara-Juara musim ini.

Bagaimanapun, Guardiola menepis tanggapan bahawa The Citizens layak dilabel sebagai pasukan terkuat dan menegaskan mereka perlu membuktikan dengan memenangi kejuaraan terlebih dahulu.

"Pasukan terbaik di Eropah adalah Bayern kerana mereka memenangi segalanya. Mereka terbaik. Di EPL pula, juaranya adalah Liverpool kerana mereka masih penyandang juara. Jika anda ingin meraih trofi, anda harus memenanginya. Tiada pasukan yang jadi juara di bulan Mac," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!