Eksekutif Nike lepas jawatan

Hebert juga merupakan naib presiden dan pengurus besar Nike Amerika Utara. - Foto Reuters
Hebert juga merupakan naib presiden dan pengurus besar Nike Amerika Utara. - Foto Reuters
A
A
A

NEW YORK - Eksekutif Nike, Ann Hebert meninggalkan syarikat jenama unggul terbabit selepas Bloomberg Businessweek melaporkan anaknya menjadi penjual semula kasut jenama itu.

Menerusi kenyataan ringkas Nike, Hebert juga merupakan naib presiden dan pengurus besar Nike Amerika Utara meninggalkan syarikat itu berkuat kuasa serta merta pada Isnin, lapor The Straits Times.

Beliau menyertai syarikat Nike lebih 25 tahun, memegang jawatan itu sejak Jun lalu mengawasi operasi bahagian penjualan, pemasaran dan barang niaga di wilayah terbabit.

Menerusi laporan Bloomberg Businessweek, anak lelaki Hebert, Joe Hebert bertindak membeli kasut terbabit serta guna pakai kad kredit atas nama ibunya kemudian menjual semula produk berkenaan untuk mengaut keuntungan.

Menurut wakil Nike, Hebert mendedahkan perniagaan anaknya bermula tahun 2018 namun tidak menyatakan lebih lanjut mengenai isu tersebut.

Bagaimanapun, syarikat pada masa sama mengatakan, Hebert tidak melanggar dasar syarikat, keistimewaan dan konflik kepentingan.

Jawatan Hebert akan digantikan dengan orang lain dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan: