SPRM cari pasangan suami isteri kes rasuah

Tan Tong Yaip, Hii Ching Nii
Tan Tong Yaip, Hii Ching Nii
A
A
A

PUTRAJAYA - Sepasang suami isteri sedang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes rasuah.

SPRM dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, lelaki yang sedang dikesan ialah Tan Tong Yaip, 34, pemegang kad pengenalan 870710-43-5439 dan mempunyai dua alamat terakhir di B23-6, Verve Suites KL South, Jalan Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur serta No. 67, Jalan Intan 4, Taman Yayasan Kuala Langat, 42600 Jenjarom, Selangor.

"Turut dikesan ialah isterinya, Hii Ching Nii, 31, pemegang kad pengenalan 900121-13-6638 dan mempunyai dua alamat terakhir di B23-6, Verve Suites KL South, Jalan Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur serta No.13-E, Lorong 5, Jalan Gambir, 96000 Sibu, Sarawak," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Saiful Nizam Mat Yasin di talian 017-338 0736 / 03-9206 5000 atau emel ke alamat saifulnizam.yasin@sprm.gov.my.

Artikel Berkaitan: