Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit kukuh berbanding pound Britain kepada 5.6410/6482 daripada 5.6547/6601 serta meningkat berbanding euro kepada 4.8766/8830 daripada 4.8810/8858.
Ringgit kukuh berbanding pound Britain kepada 5.6410/6482 daripada 5.6547/6601 serta meningkat berbanding euro kepada 4.8766/8830 daripada 4.8810/8858.
A
A
A

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Selasa, didorong oleh minat belian sederhana walaupun mata wang negara maju itu mencatatkan kestabilan dan harga minyak mentah lebih rendah.

Minyak mentah didagangkan pada AS$63.69 setong, turun 1.13 peratus.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.0510/0550 berbanding dolar AS daripada 4.0550/0580 ketika ditutup pada Isnin.

Peniaga berkata, dalam jangka terdekat, unit tempatan mungkin diniagakan lebih rendah susulan data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia bagi Februari mencatatkan penyusutan lebih ketara yang tidak dijangkakan.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, Axi, Stephen Innes berkata, PMI Februari yang lebih rendah, dolar AS yang stabil dan harga minyak mentah yang kurang memberangsangkan mungkin menyeret turun ringgit dan sentimen pasaran ekuiti tempatan.

Beliau berkata, bagaimanapun data PMI itu jelas menunjukkan cabaran Malaysia yang sedang melaksanakan pemulihan mampan ekoran pandemik Covid-19.

“Namun, saya berpandangan data PMI yang suram itu hanya bersifat sementara sebelum ekonomi ini dibuka semula,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama.

Artikel Berkaitan:

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0486/0523 daripada 3.0441/0470 ketika ditutup pada Isnin, namun naik berbanding yen Jepun kepada 3.7899/7947 daripada 3.7993/7025.

Ringgit kukuh berbanding pound Britain kepada 5.6410/6482 daripada 5.6547/6601 serta meningkat berbanding euro kepada 4.8766/8830 daripada 4.8810/8858. - Bernama