Lelaki khayal ganja potong alat kelamin

Polis menemui alat kelamin lelaki itu yang sudah terpotong dipercayai menggunakan pisau lipat. - Gambar hiasan
Polis menemui alat kelamin lelaki itu yang sudah terpotong dipercayai menggunakan pisau lipat. - Gambar hiasan
A
A
A

FRANKFURT - Seorang lelaki di Mainz, Jerman bertindak memotong alat kelaminnya akibat terlampau khayal selepas menghisap ganja.

Menerusi laporan The Sun, lelaki berusia 45 tahun itu terpaksa menghubungi perkhidmatan kecemasan dan polis untuk mendapatkan bantuan.

Pihak polis dan perubatan kemudian bergegas ke rumah lelaki itu untuk tindakan lanjut.

Dia menerima rawatan kecemasan di apartmen sebelum dikejarkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan.

Ketika pemeriksaan lanjut di apartmen mangsa, polis menemui alat kelamin lelaki itu yang sudah terpotong.

Polis juga menemui sejumlah dadah dipercayai ganja yang dihisap lelaki berkenaan.

Dalam pada itu, jurucakap polis Mainz mengesahkan kepada media tempatan bahawa lelaki itu menggunakan pisau lipat untuk memotong alat kelaminnya.

"Kejadian itu berlaku kerana lelaki berkenaan sedang khayal di bawah pengaruh ganja.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun tiada maklumat lanjut berhubung keadaan lelaki tersebut," katanya.

Sementara itu, tidak diketahui sama ada doktor berjaya menyambung semula alat kelamin lelaki berkenaan atau sebaliknya.